Monday, February 16, 2009

16/02/2009
Dah dua hari berturut-turut aku ada asgmnt di Kuala Berang...
Memang aku suka pemandangan menghala ke Kuala Berang....Pokok kelapa...awan...dan pemandangan yang hijau....pagi tadi masa kat tempat asgmnt tersengguk2 dibuatnya...tak tahu lah mungkin udara yang segar di K.Berang tu membuatkan aku mengantuk sangat2...selepas tamat majlis kami dihidangkan dengan masakan gulai ayam kampung, daging kancil, ulam-ulaman dan macam2 lagi...

Harini kiranya kali pertama aku merasa daging kancil...boleh tahan gak rasanya...aku tertarik dengan keramahan penduduk kampung yang meraikan kami macam YB...makcik dan pakcik sentiasa tersenyum...kesian bila dengar selama 33 tahun mereka tunggu untuk dapat kan lay out untuk tanah yang mereka perjuangkan...ada yang dah meninggal dah pun...

Selepas tu aku, Haney, Suriati Ucomm naik kereta  Yati Sinar Harian Kuala Berang untuk ke air terjun sekayu....sekejap je singgah....Yati bawak kami melawat kawasan macam pemandu pelancong....
Suatu hari nanti aku nak melawat Taman Burung Kuang di Kuala Berang...insyallah...

No comments: