Thursday, February 19, 2009

Hari Raya di Kg Raja Besut Terengganu
   Kak Ja n famili
Pantai Bkt Keluang Besut Terengganu
Singapore

Umi zaman muda-muda

Bersama Umi


Kampung Raja With Love

bersama arwah moyang, umi n zie

Wednesday, February 18, 2009



WAJAH-WAJAH TERENGGANU


Pertandingan Pelita di Kg.Padang Hangus



    Perasmian Penutup Citrawarna
Masjid Terapung

Nelayan Kg Gong Batu Setiu


Pulau Kapas




























                                                            








 











Aku, Shake, Lyn dan Angah



Lyn n Shake di Tasik Kenyir Lake Resort (Mei 2008)


Lyn n Shake di Permai Inn (Februari 2009)

Lyn dan Shake yang sentiasa menghiburkan kami tiap kali kami berada di coffee house Permai Inn, Kuala Terengganu.Kali pertama aku jumpa diaorang masa di Kenyir Lake Resort pd bulan mei 2008 ...Masa tu aku, Haneey n Angah ada asgmnt kat Kenyir...Bosan kat bilik kitaorang p makan kat coffee house Kenyir Lake Resort sambil menikmati keindahan Tasik Kenyir...
Lepak n lepak n lepak sampai kul 8malam tetiba dengar ada orang nyanyi....masa tu coffe house kat bawah so kami tak nampak sapa yang tgh nyanyi....dah bosan lepak kat bawah kami pun menggerakkan diri naik ke lobi untuk tgk persembahan mereka.....dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa n cahaya bulan yang terang sungguh mengasyikkan....ditambah pulak dengan suara lyn n shake yang lunak merdu...hmmmmmm...rasa tak nak balik ke bilik......Haney dan adiknya Angah bukan main lagi terliuk lentuk badannya mengikut rentak lagu...hanya kami bertiga yang menjadi penonton pada malam tu....
Aku request lagu Bisikan Hati nyanyian allahyarham Rafeah Buang tapi tak de dalam record diaorang so Lyn janji akan nyanyi bila kami jumpa lagi....Lepas mereka nyanyi kami duk sembang n sembang...tak sedar jam dah hampir mencecah pukul 1...so kami mintak diri untuk balik ke bilik maklum saja la kat situ kawasan hutan....seram pun ada...hehehehe...
So dari sehari ke sehari aku nak p tgk persembahan mereka kat kenyir tapi selalu tak jadi...tunggu punya tunggu sampai la bulan februari 2009....




Monday, February 16, 2009

16/02/2009
Dah dua hari berturut-turut aku ada asgmnt di Kuala Berang...
Memang aku suka pemandangan menghala ke Kuala Berang....Pokok kelapa...awan...dan pemandangan yang hijau....pagi tadi masa kat tempat asgmnt tersengguk2 dibuatnya...tak tahu lah mungkin udara yang segar di K.Berang tu membuatkan aku mengantuk sangat2...selepas tamat majlis kami dihidangkan dengan masakan gulai ayam kampung, daging kancil, ulam-ulaman dan macam2 lagi...

Harini kiranya kali pertama aku merasa daging kancil...boleh tahan gak rasanya...aku tertarik dengan keramahan penduduk kampung yang meraikan kami macam YB...makcik dan pakcik sentiasa tersenyum...kesian bila dengar selama 33 tahun mereka tunggu untuk dapat kan lay out untuk tanah yang mereka perjuangkan...ada yang dah meninggal dah pun...

Selepas tu aku, Haney, Suriati Ucomm naik kereta  Yati Sinar Harian Kuala Berang untuk ke air terjun sekayu....sekejap je singgah....Yati bawak kami melawat kawasan macam pemandu pelancong....
Suatu hari nanti aku nak melawat Taman Burung Kuang di Kuala Berang...insyallah...

Sunday, February 15, 2009

Minggu ni paling sibuk selama 10 bulan aku disini....Trip to Pulau Kapas biasa aje.... Waktu petang aku luangkan masa aku dengan mandi manda di pantai dan bermain volleyball...terasa tenang bila berada di dalam air...hilang rasanya semua masalah aku....tapi yang paling bestnya bila aku, Mady, Izlyn, Mardiana n Joni lepak sambil baring di Pantai Pulau Kapas waktu malam sambil merenung bulan penuh.Bercerita tentang kehidupan dan macam2 lagi....rasanya nak baring sampai ke pagi di pasir pantai yang halus.


Saturday, February 14, 2009


aku dikelilingi oleh orang2 yang membahagiakan hidupku....yang sering buat aku senyum dan mengalir airmata bila mengenangkannya....

Monday, February 2, 2009

2009....
....Januari...
Negara digemparkan lagi dengan kemenangan PAS dalam Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu...Siang dan malam kami bersengkang mata...team dari KL turun seramai 5 orang termasuk bos besar photo department..