Tuesday, November 25, 2008

25/nov/2008

Hari ni aku bangun awal seperti biasa walaupun aku off..Macam biasa aku akan login Facebook...peneman aku yang paling setia. Pada april 2008 aku di transfer ke cawangan NSTP Kuala Terengganu....HUH!!!!Hanya tuhan saja yang tahu....walaupun aku memang berasal dari Besut Terengganu agak susah untuk aku sesuaikan diri...aku bersekolah di Besut sampai darjah 6,bila form 1 dah belajar luar dari Terengganu sampai le kerja 12 tahun di Kuala Lumpur.

Aku tak dapat nak sesuaikan dengan makanan kat sini..manis-manis belaka...tiap kali kalau aku makan nasi aku akan mintak cili padi...kalau makan sambal belacan tak macam sambal belacan pun...manis..aku susut berat badan hampir 8kg...memang dapat rasa perubahannya...seluar dan baju aku banyak yang dah longgar...Alhamdullilah...tak payah habihkan duit p gym or sedut lemak...hehehehe..

Tapi memang betul lah kata kawan-kawan, duduk kat state ni memang best...kalau yang dah berkeluarga lagi la best...macam yang bujang ni nak kena cari kengkawan baru....dan kena cari aktiviti baru...

Antara aktiviti terbaru aku sekarang ni ialah belajar main gitar...walaupun orang kata dah tua-tua baru nak belajar main gitar tapi aku peduli apa...sebab masa dulu aku tak sempat nak belajar so sekarang ni dah ada masa terluang aku penuhkan lah dgn aktiviti-aktiviti yang aku suka...
Lagipun masa kat KL aku suka p holiday...PD n Kuantan antara favourite place aku...dulu aku tak suka PD coz pantai dia yang tak best tapi aku dah jumpa tempat yang aku suka...dapat special rate lagi...terima kasih pada kawan aku yang suruh aku stay kat situ..



26/11/2008

Jam 1.00 petang dalam perjalanan ke Gong Batu, Setiu aku dapat panggilan dari adik bongsuku, Yong bagitau Uncle Syed tengah nazak kat hospital sakit kanser tulang....tak lama lepas tu adik aku call lagi sekali...katanya Uncle Syed dah tak ada dah....Inalillahiwainailaihirajiun.....nak patah balik ke Kuala Terengganu aku dah nak sampai dah....aku terus gak ke Gong Batu walaupun masa tu hati aku nak g KL....apa boleh buat reporter dah set appointment dengan orang kat situ...Dalam perjalanan balik hati aku tiba-tiba jadi terharu bila mengenangkan Aunty Dah....mengalir air mata aku tapi cepat-cepat aku sapu takut reporter yang naik kereta aku tengok aku menangis....aku singgah beli keropok lekor the best in town kat Bukit Tok Beng, Seberang Takir untuk sanak saudara kat KL nanti...ramai la pulak orang beratur...beratur lebih kurang setengah jam baru dapat keropok lekor tu...masa tu dah pukul 5 petang...perut lapar ni...masuk kereta...hmmmmm semerbak bau keropok lekor...lagi lah buat aku bertambah lapar...lepas makan aku decide aku tak jadi pegi KL coz hari bertambah gelap n hujan bertambah lebat...

Aku sampai rumah dah nak masuk maghrib...lepas mandi aku solat n baca yassin untuk arwah Uncle Syed...masa mula-mula nak baca yassin tak tahu kenapa hati aku sayu n sebak....sampai la ke akhir ayat Yassin aku menitis air mata..Sedih mengenangkan Aunty Dah....Harap-harap dia tabah...tak sanggup aku nak telefon Aunty Dah...aku rela berdepan untuk meluahkan kata-kata semangat dan perangsang pada dia..ALFATIHAH...semoga roh Uncle Syed ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...AMIN



Salam Pembukaan



Salam perkenalan....

Idea untuk menulis blog ni bila aku berchatting dengan kakak ke 4 dalam keluarga dengan panggilan Zie or Mazidah or Yatie (banyak tul panggilan dia) yang berada di Florida pada 24 nov 2008.Dia bagitau ramai sepupu aku yang dah ada blog sendiri...yang masih bersekolah dah ada blog sendiri...